Institut Perubahan Iklim

 Institute of Climate Change

Latar Belakang

Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia, sejak ditubuhkan pada Disember 2013, telah memainkan peranan penting dalam penyelidikan dan pendidikan berkaitan perubahan iklim di peringkat tempatan dan global. Dengan empat pusat penyelidikan di bawahnya, IPI menjadi rujukan utama kerajaan dalam menyediakan kepakaran teknikal mengenai isu perubahan iklim dan alam sekitar.

PUSAT PENCERAPAN BUMI (EOC)

Menjalankan penyelidikan mengenai kesan perubahan global melalui penggunaan Sistem Maklumat Geografi(GIS) dan Penderiaan Jauh.

PUSAT SAINS ANGKASA (ANGKASA)

Pusat penyelidikan yang menjalankan pengajaran di peringkat pascasiswazah dan penyelidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Aplikasi dan Tadbir Urus Angkasa.

PUSAT SISTEM PERUBAHAN IKLIM TROPIKA (IKLIM)

Pusat penyelidikan bertujuan untuk memajukan pengetahuan mengenai asas fizikal dan impak perubahan iklim serantau, terutamanya Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

PUSAT PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMC)

Pusat penyelidikan dan repositori data alam sekitar dan perubahan iklim.
One-Stop Data Curation Portal for Climate Change Research in Malaysia, MyIklim was launched in 2022, giving a worldwide open-access database on environmental and climate change research in Malaysia. The main mission is to disseminate current research data in an interactive, easily understandable to the general public.

MyIKLIM Database

STACLIM 2026 dengan tema “Beyond 1.5°C: Transforming Commitments into Action for a Climate-Safe World” akan diadakan pada 8–10 September 2026.

Persidangan ini dijangka menyaksikan penyertaan aktif daripada pelbagai  bidang sains alam sekitar dan bumi, penyelidik, jurutera serta para pelajar dari sektor akademia, industri dan kerajaan untuk membincangkan isu-isu komplikasi perubahan iklim serta mencetuskan inisiatif dan penyelesaian baharu yang inovatif bagi memperkukuh daya tahan perubahan iklim.

Maklumat lanjut mengenai STACLIM 2026!