Institut Perubahan Iklim

 Institute of Climate Change

STACLIM 2021: Empowering Breakthroughs in Climate Change

Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan persidangan STACLIM 2021 buat kali keempat yang akan diadakan secara maya selama satu (1) hari iaitu pada 1 Julai 2021. Persidangan yang mensasarkan penyertaan sekurang-kurangnya seramai 100 orang peserta dari dalam dan luar negara ini diadakan adalah untuk mengumpul para penyelidik dalam semua aspek yang berkaitan dengan perubahan iklim supaya membentangkan hasil daripada penyelidikan mereka dalam bidang tersebut di samping menjana peluang bagi kolaborasi penyelidikan yang baharu.

Selain daripada itu, program ini menggalakkan interaksi antara penyelidik-penyelidik muda di rantau Asia untuk bertemu dan membincangkan hasil penyelidikan mereka dengan penyelidik-penyelidik utama daripada universiti ternama dunia.

Pembentangan dalam STACLIM 2021 akan diterbitkan sebagai prosiding dan diindeks dalam IOP Conference Series: Earth and Environmental Science. Untuk semua kertas yang diterima berpeluang untuk diterbitkan dalam jurnal berindeks WoS dan Scopus. Tarikh akhir penghantaran abstrak adalah pada 1 April 2021. Pendaftaran dan penghantaran artikel boleh dilakukan melalui Edas.

Untuk keterangan lanjut sila layari web STACLIM (http://www.ukm.my/staclim)
Email : staclim@ukm.edu.my
Laman Facebook STACLIM : https://www.facebook.com/staclimukm