Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

 Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

Hari Matematik 2021

Hari Matematik yang dianjurkan buat kali keempat oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, FKAB, UKM dan kali ini pertama kali bekerjasama dengan PEMATRA bertujuan untuk memupuk minat pelajar kejuruteraan untuk menghayati kursus matematik dan kursus kejuruteraan di samping menerapkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan matematik pelajar dalam kursus kejuruteraan. Terdapat pembaharuan dalam aktiviti pada tahun ini iaitu dengan mengadakan pertandingan video pendek dan dipertandingkan secara maya. Sasaran pelajar ialah dari tahun 1-4 yang mana pelajar boleh menerangkan aplikasi penggunaan Matematik/Statistik dalam bidang kejuruteraan. Video-video ini akan dimuatnaik ke dalam laman sosial Facebook, Youtube, Tiktok, dan Instagram jabatan.

Pertandingan Video Kreatif @ Hari Matematik 2021

  Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan ini

Kriteria dan Syarat Penyertaan

    1. Penyertaan terdiri dari semua pelajar prasiswazah FKAB, UKM.
    2. Pelajar menerangkan aplikasi penggunaan Matematik/Statistik dalam aplikasi seharian seperti dalam bidang kejuruteraan, fizik, perubatan, biologi, perniagaan, sains komputer dan industri dalam bentuk yang kreatif dan inovatif.
    3. Penyertaan secara individu/kumpulan (maksimum 5 orang).
    4. Durasi video tidak melebihi 3 minit.
    5. Penilaian adalah berdasarkan jumlah like, share dan view terbanyak.
    6. Jika terdapat video yang mempunyai jumlah like, share dan view yang sama maka penilaian akhir akan dibuat oleh 2 orang juri yang dilantik.
    7. Keputusan panel terhadap penilaian adalah muktamad.
    8. Setiap video penyertaan hendaklah dimuat naik ke Google Drive dan emailkan pautan ke prinfkab@gmail.com
    9. Pelajar boleh memuat naik antaranya video aktiviti pembelajaran aktif, menerangkan tentang salah satu topik dalam kursus yang dipelajari serta aplikasinya.
    10. Sijil penyertaan bagi setiap individu/kumpulan yang menyertai Program Hari Matematik.
    11. Video wajib memaparkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM dengan memasukkan nama jabatan di hujung video.
    12. Tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik.
    13. Video yang dihantar akan menjadi hak milik Jabatan Pendidikan Kejuruteraan (JPK), FKAB, UKM.

Tarikh-tarikh Penting

Pendaftaran dibuka :      30 Jun 2021
Pengumpulan video :  1 Julai – 1 Ogos 2021
Memuatnaik ke dalam laman sosial :   15 Ogos 2021
Penilaian jumlah view dan like :  7 September 2021
Tarikh pengumuman pemenang :      9 September 2021