Pusat Kesatria Universiti UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

BSMM UKM

Kembali Ke Indeks

Sejarah Penubuhan

BSMM cabang Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada 13 September 1986 atas dasar semangat perikemanusiaan dan untuk memberikan khidmat sukarela kepada mereka yang memerlukan. Persatuan ini dirasmikan oelh YM Tunku Tan Sri Mohamad bin Tunku Besar Burhanuddin, KDYR, PMN, PSD, SPMS, PNBS, selaku Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Bemula pada saat itu, Bulan Sabit Merah cabang Universiti Kebangsaan Malaysia mula mengambil langkah untuk masa hadapan.

Permulaan langkah ini adalah bermula apabila pengikrirafan sebagai Daerah Kecil (DK) pada tanggal 19 Jun 1988. Bermula di sini dengan pertukaran nama Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Kecil Universiti Kebangsaan Malaysia (PBSMM DK UKM), maka ia telah menuju ke arah kegemilangan dan kecemerlangan berbanding dengan persatuan-persatuan yang ada di UKM ketika itu. Pada tahun 1996, Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Kecil Universiti Kebangsaan Malaysia (PBSMM DK UKM) telah diiktiraf sebagai Cabang dan dikenali sebagai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM.

Pada tahun 2004, Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Kecil Universiti Kebangsaan Malaysia (PBSMM DK UKM) telah mengorak langkah ke hadapan lagi apabila PBSMM Cabang UKM telah mendapat kelulusan pendaftaran Detachment (88) oleh pihak Ibu Pejabat Kebangsaan dan Cawangan Selangor. Detachment Dato Onn (88A), Aminuddin Baki (88B), Ungku Omar (88C), Burhanuddin Helmi (88D), Ibrahim Yaakob (88E), Rahim Kajai (88F), Ibu Zain (88G), Keris Mas (88H), Pendeta Zaba (L), Tun Syed Nasir (88W) , Tun Dr Ismail (88W) dan Tun Hussein Onn (88Z) diketui oleh Komandan dan dibantu oleh Penolong Komandan, Kuartermaster dan Ketua Utama Seksyen. Pengetua setiap Kolej Kediaman bertindak sebagai Penaung Detachment dan seorang Felo Penasihat BSMM dilantik di setiap Kolej Kediaman.

 

Bemula tahun 2007, Bilik Gerakan BSMM Cabang UKM telah ditukar dari bangunan PUSANIKA ke Pusat Kesihatan UKM. Penjenamaan smeula PSBMM Cabang UKM kepada BSMM Cabang UKM dilakukan pada tahun 2007 selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis BSMM Ke-116 pada 25 Mac 2007. Pada tahun yang sa,a, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Mustafa Mokthar, Pengerusi BSMM Cabang UKM telah dianugerahkan Pingat Kesateria Mangku Negara daripada Yang Dipertua Agong. Pada tahun 2015, Bilik Gerakan BSMM telah dipindahkan di Pusat Kesihatan sepenuhnya. Namun begitu, pada 23 September 2017, semua aset BSMM telah dipindahkan ke Bilik Gerakan baharu yang bertempat di Kompleks Kesatria Universiti Kebangsaan Malaysia.

Peranan :

  1. Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa
  2. Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam
  3. Pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan
  4. Melatih ahli-ahli dalam pertolongan cemas dan rawatan

Prinsip Asas

  1. Kemanusian (Humanity)
  • Meringankan kesengasaraan, melindungi nyawa dan kehormatan
  1. Kesaksamaan ( Impartility)
  • Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat dan politik
  1. Berkecuali (Neutrality)
  • Tidak menyebelahi mana-mana pihak
  1. Kebebasan (Independence)
  • Walaupun tertakluk kepada undang-undang, masih bebas
  1. Khidmat sukarela (Voluntary Service)
  • Tidak didorong sebarang tujuan mencari keuntungan
  1. Bersatu (Unity)
  • Hanya satu Persatuan Kebangsaan dalam sebuah negara
  1. Kesejagatan (Universality)
  • Pertubuhan ini meliputi sebuah negara dan mempunyai tanggunjawab dan bersama serta membantu di antara satu sama negara