Pusat Kesatria Universiti UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Latar Belakang

Pusat Kesatria

Sejak ditubuhkan pada November 2014, Pusat Kesatria Universiti (KESATRIA-UKM) adalah salah satu daripada Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UKM.

Organisasi ini memainkan peranan penting sebagai urusetia di mana pelajar melakukan pelbagai kegiatan kokurikulum badan-badan beruniform yang terdiri daripada PALAPES Tentera Darat, Kor SUKSIS, Kor SISPA, BSMM Cabang UKM dan KLKM Daerah UKM. Pusat Kesatria Universiti (KESATRIA-UKM) ini akan menyelaras aktiviti latihan keempat-empat badan beruniform tersebut dengan Pusat-Pusat Tanggungjawab (PTj) lain di UKM.

Kompleks Kesatria akan menyelaras dengan Pusat Kesatria berdasarkan aktiviti pelajar dan kakitangan UKM, sejajar dengan KRA Universiti.