Pusat Kesatria Universiti UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

KOR SISPA

Kembali Ke Indeks

Sejarah Penubuhan

Penubuhan kursus badan beruniform di universiti sebagai kursus kokurikulum adalah bertujuan untuk memperkasakan soft skill dalam kalangan pelajar. Selain memberi penekanan kepada pencapaian akademik yang cemerlang, kursus pasukan beruniform ini dapat memberi nilai tambah kepada pelajar dari segi soft skill. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum SISPA ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.

Visi 

Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.

Misi

Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara dari sebarang bencana atau peperangan sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian.

Objektif

  • Mendidik dan melatih mahasiswa bagi membentuk keperibadian seseorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu Pertahanan Awam.
  • Menanam semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan semangat patriotik terhadap Negara.
  • Melahirkan generasi masyarakat yang peka dan responsif kepada bencana dan kecemasan.

Matlamat

  • Melahirkan pegawai Pasukan Pertahanan Awam yang berkepimpinan, berkaliber dan profesional serta mampu menghadapi cabaran globalisasi.
  • Melaksanakan penubuhan KOR SISPA di setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta yang bertaraf universiti

Syarat Keanggotaan

Pendaftaran untuk menyertai KOR SISPA adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar-pelajar IPTA/ IPTS yang berusia 18 tahun ke atas.
  3. Sihat tubuh badan ( pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan ).
  4. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.
  5. Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPTA/ IPTS.
  6. Berdaftar sebagai anggota pasukan Pertahanan Awam Malaysia.
  7. Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan

Keanggotaan Pertahanan Awam

Secara dasarnya, terdapat 3 kumpulan utama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Kumpulan anggota tersebut adalah terdiri daripada berikut :-

  1. Anggota / Pegawai Tetap
  2. Anggota / Pegawai Sukarela
  3. Anggota / Pegawai Kehormat dan Bersekutu

1. ANGGOTA / PEGAWAI TETAP

Anggota / Pegawai yang berkhidmat secara tetap dan dibayar gaji secara tetap mengikut kelayakan gred perjawatan. Mereka terdiri daripada empat hierarki perkhidmatan awam iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat pusat, negeri dan daerah yang merangkumi :-

  1. Menguruskan dan melaksanakan rekod pengambilan, pelantikan dan penyambungan semula anggota / pegawai sukarela / kehormat / bersekutu.
  2. Menguruskan dan melaksanakan pengeluaran watikah dan pemakaian pangkat anggota / pegawai sukarela / kehormat / bersekutu.
  3. Menguruskan dan melaksanakan pengeluaran sijil dan pingat anggota / pegawai sukarela / kehormat / bersekutu.
  4. Menguruskan dan menyediakan keperluan insentif kepada anggota / pegawai sukarela seperti pakaian seragam, elaun kehadiran / latihan dan bounti.
  5. Menguruskan dan melaksanakan tindakan tatatertib pasukan kepada anggota / pegawai sukarela / kehormat / bersekutu.
  6. Menguruskan dan melaksanakan rekod penubuhan pasukan pertahanan awam di peringkat sekolah / institusi / kolej / universiti / badan berkanun / sektor awam dan swasta.
  7. Menguruskan dan melaksanakan perhimpunan / perkhemahan / bengkel / mesyuarat / kursus / seminar berkaitan aktiviti pasukan pertahanan awam di peringkat sekolah / institusi / kolej / universiti / badan berkanun / sektor awam dan swasta.
  8. Mengurus dan menlaksanakan kemaskini buku panduan pengurusan dan modul latihan untuk setiap aktiviti di peringkat sekolah / institusi / kolej / universiti / badan berkanun / sektor awam dan swasta mengikut ketetapan dasar.

Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pengurusan pasukan dan operasi bencana dan kecemasan di peringkat pusat, negeri dan daerah yang merangkumi :-

  1. Memantau dan memastikan aktiviti operasi dan kecemasan di peringkat negeri dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan.
  2. Mengumpul, menganalisa dan mengkaji semua laporan operasi dalam kecemasan di seluruh daerah bagi tujuan kajian setempat.
  3. Mengetuai operasi di peringkat negeri dan memberi bantuan kepada negeri-negeri yang memerlukan.
  4.  Melapor maklumat kes kecemasan yang berimpak besar kepada pengurusan tertinggi Jabatan.
  5.  Menentukan laporan bencana/MERS 999 (Malaysia Emergency Response System) dan penyelamat pantai dihantar pada PKOP mengikut masa yang telah ditetapkan.
  6. Memantau aktiviti operasi dan kecemasan di peringkat daerah dan kawasan tanggungjawab.
  7.  Mengumpul semua maklumat berkaitan operasi dan kecemasan dari masa ke semasa.
  8.  Menyelaras dan menugaskan AP tambahan bagi sesuatu kes kecemasan apabila difikirkan perlu.
  9. Memastikan semua laporan berkala berkaitan operasi dan kecemasan adalah lengkap dan dihantar kepada Pengarah / Komandan / Pegawai Pertahanan Awam / Penolong Pegawai Pertahanan Awam / Pembantu Pegawai Pertahanan Awam mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
  10.  Memastikan semua kelengkapan logistik dan kenderaan dalam keadaan baik dan siap sedia digunakan.
  11. Memastikan hubungan dan jalinan kerjasama dengan agensi kecemasan yang lain berjalan baik.
  12.  Mengetuai operasi di peringkat daerah dan membantu operasi daerah lain sekiranya diperlukan.

2. ANGGOTA / PEGAWAI SUKARELA

Anggota / Pegawai yang berkhidmat secara sukarela yang datang daripada pelbagai latarbelakang pendidikan dan dibayar elaun mengikut kedudukan pangkat yang diperolehi. Elaun dibayar setiap kali menghadiri apa-apa bentuk tugas / operasi / aktiviti / latihan yang dilaksanakan oleh Jabatan.

Deskripsi Tugas:

Pengurusan Pentadbiran & Angkatan:

  1. Membantu dalam pengurusan fail, menaip surat-surat dan dokumentasi berkaitan pentadbiran dan angkatan.
  2. Memastikan ruang pejabat sentiasa bersih, kemas dan teratur.
  3. Membantu dalam menjalankan tugas-tugas keselamatan dan penyelenggaraan pejabat.
  4. Menyedia dan mengemaskini maklumat dan rekod kedudukan anggota pasukan pertahanan awam.
  5. Membantu dalam menyediakan Laporan Bulanan serta Laporan Tahunan anggota pasukan pertahanan awam.
  6. Membantu dalam menguruskan dan mengeluarkan surat panggilan mesyuarat dan mengambil serta menyediakan minit-minit mesyuarat.
  7. Membantu dalam menguruskan dan memantau perjalanan aktiviti pasukan pertahanan awam serta memaklumkan kepada Pengarah / Komandan / Pegawai Pertahanan Awam / Penolong Pegawai Pertahanan Awam / Pembantu Pegawai Pertahanan Awam.
  8. Membantu dalam menaip sijil-sijil kursus peringkat tempatan apabila telah disahkan oleh Pengarah / Komandan.
  9. Membantu dalam melaksanakan majlis-majlis rasmi jabatan.
  10. Membantu dalam menguruskan pejabat seperti penyediaan keperluan mesyuarat.
  11. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3. ANGGOTA / PEGAWAI BERSEKUTU DAN KEHORMAT

Anggota / Pegawai Kehormat yang berkhidmat secara sukarela yang datang daripada mereka yang berkedudukan penting dalam sesebuah organisasi / institusi / parti politik yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan. Manakala Anggota / Pegawai Bersekutu yang berkhidmat secara sukarela yang datang  daripada golongan profesional atau ahli perniagaan yang boleh menyumbang idea dan kepakaran kepada pembangunan Angkatan Pertahanan Awam. Mereka ini tidak dibayar sebarang elaun ketika menghadiri apa-apa apa-apa bentuk aktiviti dan latihan yang dikelolai oleh jabatan.

Bahagian Pengurusan Latihan

  1. Merangka dan menyusun silibus program latihan untuk pasukan sokongan, angkatan dan pegawai tetap skim KP.
  2. Menyelia dan mememantau perlaksanaan latihan.
  3. Menetap dan menentukan dasar latihan.
  4. Menyelidik dan membangunkan program latihan bersesuaian dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
  5. Menilai dan melapor pencapaian latihan yang telah dijalankan.
  6. Memastikan latihan yang dijalankan mempunyai tahap keselamatan yang ditetapkan

Pengurusan Latihan dan Akademik

  1. Membantu dalam pengurusan fail, menaip surat-surat dan dokumentasi berkaitan latihan dan akademik.
  2. Memastikan ruang pejabat sentiasa bersih, kemas dan teratur.
  3. Membantu dalam menjalankan tugas-tugas keselamatan dan penyelenggaraan pejabat.
  4. Membantu dalam menyediakan Jadual Latihan Tahunan pasukan pertahanan awam di peringkat sekolah / institusi / kolej / universiti / badan berkanun / sektor awam dan swasta dan menghantar jadual ke Pejabat Negeri Pertahanan Awam.
  5. Menyedia dan mengemaskini maklumat dan rekod latihan anggota pasukan pertahanan awam di peringkat sekolah / institusi / kolej / universiti / badan berkanun / sektor awam dan swasta.
  6. Membantu dalam mengurus dan memantau perjalanan latihan pasukan pertahanan awam di peringkat sekolah / institusi / kolej / universiti / badan berkanun / sektor awam dan swastamemaklumkan kepada kepada Pengarah / Komandan / Pegawai Pertahanan Awam / Penolong Pegawai Pertahanan Awam / Pembantu Pegawai Pertahanan Awam.
  7. Memastikan latihan yang dijalankan mengikut silibus yang ditetapkan.
  8. Membantu dalam menguruskan tawaran atau permohonan kursus pusat atau kursus dalaman jabatan atau kursus-kursus tempatan.
  9. Membantu dalam menaip dan menyusun silibus latihan.
  10. Merekod semua aktiviti latihan pasukan pertahanan awam di peringkat sekolah / institusi / kolej / universiti / badan berkanun / sektor awam dan swasta.
  11.  Membantu dalam melaksanakan majlis-majlis rasmi jabatan (urusetia).

Pengurusan Kewangan dan Logistik

  1. Membantu dalam pengurusan fail, menaip surat-surat dan dokumentasi berkaitan kewangan dan logistik.
  2. Memastikan ruang pejabat sentiasa bersih, kemas dan teratur.
  3. Membantu dalam menjalankan tugas-tugas keselamatan dan penyelenggaraan pejabat.
  4. Membantu dalam menguruskan hal berkaitan kewangan dan daftar / tuntutan kewangan berkaitan.
  5. Menyediakan Daftar Pembayaran Elaun (Borang PA6) bagi anggota sukarela.
  6. Menyemak semua dokumen sokongan bagi tuntutan elaun pasukan yang dihantar seperti berikut:
    • Daftar Kedatangan
    • Jadual Latihan / Kursus / Aktiviti / Tugas
    • Maklumat Nombor Akaun Bank Anggota
    • Maklumat Nombor Kad Pengenalan
    • Semua maklumat di Borang PA6.
  7.  Membantu dalam menyedia laporan kewangan dan logistik setiap pasukan diperingkat .
  8.  Membantu dalam menguruskan stor pakaian seragam, alat tulis dan stor peralatan operasi.
  9.  Membantu dalam melaksanakan majlis-majlis rasmi jabatan.
  10.  Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Perhubungan Awam Dan Dokumentasi

  1. Membantu dalam pengurusan fail, menaip surat-surat dan dokumentasi berkaitan kewangan dan logistik.
  2. Memastikan ruang pejabat sentiasa bersih, kemas dan teratur.
  3. Membantu dalam menjalankan tugas-tugas keselamatan dan penyelenggaraan pejabat.
  4. Membantu dalam merakam dan merekodkan segala aktiviti pasukan pertahanan awam di peringkat sekolah / institusi / kolej / universiti / badan berkanun / sektor awam dan swasta.
  5. Membantu dalam menyediakan artikel berkaitan segala aktiviti pasukan pertahanan awam di peringkat sekolah / institusi / kolej / universiti / badan berkanun / sektor awam dan swasta.
  6. Membantu dalam pembukaan akaun dan pengurusan laman sosial (Facebook & Twitter).
  7. Mengemaskini akaun laman sosial ( gambar, video & artikel).
  8. Menguruskan media dan menerbitkan buletin.
  9. Membantu dalam penghantaran gambar, video, artikel dan laporan kepada Ibu Pejabat Pertahanan Awam untuk simpanan arkib jabatan.
  10.  Menyediakan laporan perhubungan awam dan dokumentasi.
  11.  Membantu dalam melaksanakan majlis-majlis rasmi jabatan (urusetia).
  12.  Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Khidmat pelanggan / Operator Telefon

  1. Menerima dan menyambut semua panggilan masuk sebelum deringan ketiga dan menyambungkan kepada pegawai yang berkenaan.
  2. Membuat panggilan keluar bagi pegawai yang memerlukan perkhidmatan.
  3. Mengambil pesanan bagi pegawai-pegawai yang tiada dipejabat atau panggilan tidak dapat disambungkan.
  4. Bertanggungjawab memberi maklumat yang tepat dan lengkap pada pelanggan.
  5. Bertanggungjawab memberi layanan yang mesra dan bersopan kepada pelanggan.
  6. Mengendali sistem telefon pejabat.
  7. Menyambut tetamu / pelanggan jabatan  yang datang dan memaklumkan kepada pegawai yang berkenaan.
  8. Merekodkan semua panggilan masuk  dan panggilan keluar.
  9. Menyemak daftar bil telefon dan menyediakan senarai panggilan persendirian yang perlu dlbayar oleh pegawai dan menyerahkan kepada Ketua Kerani untuk tindakan lanjut.
  10. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Kejurulatihan Pasukan

  1. Membantu mengurus latihan dan kursus anggota pasukan dan latihan atau ceramah kepada orang awam.
  2. Mengajar dan melatih anggota pasukan pasukan pertahanan awam di peringkat sekolah / institusi / kolej / universiti / badan berkanun / sektor awam dan swasta.
  3. Menyediakan jadual latihan dan bahan-bahan pembelajaran.
  4. Membantu dalam melaksanakan latihan / riadah.
  5. Membantu tugas pentadbiran latihan , pejabat dan operasi semasa tiada tugas mengajar.
  6. Mengikuti kursus-kursus kemahiran dan pengurusan berkaitan pasukan dan jabatan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Am KOR SISPA UKM

Kompleks Kesatria,

43600 UKM-Bangi, Selangor

No. telefon: 03-8921 4933/4934