Pendaftaran Graduan Masuk Ke Dewan
1. | Bagi semua graduan yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen ke-49 pada 27 November – 8 Disember 2021, graduan perlu memastikan diri berada di dalam keadaan sihat sebelum hadir. |
2. | Graduan perlu memuat turun e-Kad Konvokesyen sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen. Sila bawa e-Kad Konvokesyen (hardcopy atau softcopy) dan Kad Matrik untuk ditunjukkan kepada Petugas semasa menghadiri Majlis Konvokesyen. |
3. | Graduan diminta mendaftar diri di pintu masuk (PINTU A atau PINTU B, DECTAR) seperti mana yang tercatat dalam e-Kad Konvokesyen sebelum pukul 8.00 pagi. |
4. | Pendaftaran diri akan melibatkan proses saringan kesihatan dan semakan kad matrik. |
5. | Untuk saringan kesihatan, graduan perlu menunjukkan paparan profil aplikasi MySejahtera yang telah dikemaskini dan mengambil suhu badan. |
|
|
6. | Graduan adalah diwajibkan memakai pelitup muka sebagai langkah keselamatan untuk mencegah penularan COVID-19. |
7. | Sila patuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter semasa pendaftaran diri dan juga sepanjang berada di dalam dewan. |
|