Soalan Lazim
Majlis Konvokesyen UKM Kali ke-49, 27 Nov – 8 Dis 2021
Saya baru mendapatkan suntikan kedua / suntikan bagi vaksinasi Covid-19, dan masih belum mencapai tarikh matang (14 / 28 hari), adakah saya dibenarkan untuk masuk ke kampus dan hadir mengambil/memulang jubah serta hadir ke majlis konvokesyen?
GRADUAN TIDAK DIBENARKAN untuk memasuki premis kampus bagi sebarang tujuan jika masih belum melengkapkan proses vaksinasi (lengkap dos dan mencapai tempoh matang). Sehubungan itu capaian penuh di dalam Sistem Konvokesyen UKM hanya akan dibuka setelah graduan lengkap proses vaksinasi.
Adakah graduan dibenarkan menukar tarikh mengambil jubah?
TIDAK DIBENARKAN. Graduan diminta untuk mematuhi tempoh pengambilan jubah pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Namun jika tidak dapat hadir pada masa dan tarikh yang ditetapkan, graduan boleh menghantar wakil (lengkap vaksinasi) untuk mengambil jubah
Adakah sesi bergambar semasa pengambilan jubah akan diteruskan?
Ya. Sesi bergambar graduan semasa pengambilan jubah pada 8 hingga 19 Nov 2021 akan diteruskan. Ini bermakna graduan akan mendapat dua gambar Konvokesyen iaitu:
a) Gambar graduan menerima skrol di atas pentas semasa Majlis Konvokesyen dalam keadaan graduan memakai pelitup muka; dan,
b) Gambar graduan semasa mengambil jubah tanpa memakai pelitup muka. Gambar ini akan dipadankan bersama dengan Canselor atau Pro-Canselor oleh pihak jurugambar rasmi UKM mengikut sidang masing-masing. Gambar ini juga sebagai persediaan sekiranya Majlis Konvokesyen tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka pada saat akhir jika situasi COVID-19 meningkat semula.
Adakah graduan perlu membayar wang cagaran (deposit) jubah?
Wang cagaran (deposit) jubah HANYA dikenakan kepada graduan yang telah mengambil skrol ijazah awal. Wang cagaran ini akan dipulangkan oleh Universiti kepada graduan setelah jubah graduan dipulangkan semula dalam keadaan baik.
Berapakah wang cagaran jubah bagi Prasiswazah dan Pascasiswazah?
- RM 300.00 bagi jubah Prasiswazah
- RM 700.00 bagi jubah Pascasiswazah
Bilakah wang cagaran akan dipulang semula?
Wang cagaran akan dipulangkan setelah graduan memulangkan jubah dan topi dalam keadaan yang baik.
Bolehkah saya membeli jubah konvokesyen saya?
Ya boleh. Pembelian jubah boleh dibuat ketika melalui menu ‘Tempahan Jubah’ melalui Sistem Konvokesyen UKM.
Adakah graduan dibenarkan untuk menukar jubah setelah pengesahan jubah telah dibuat?
TIDAK DIBENARKAN. Tiada penukaran jubah dibenarkan setelah pengesahan dibuat.
Adakah Majlis Konvokesyen ke-49 akan diadakan secara Fizikal?
Ya. Majlis Konvokesyen UKM ke-49 akan dijalankan secara fizikal bagi semua sidang bermula dari 27 Nov hingga 8 Dis 2021. Majlis akan dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Adakah Ibu bapa/keluarga dibenarkan masuk ke DECTAR semasa majlis konvokesyen?
Tidak, ibu bapa/ keluarga tidak dibenarkan masuk ke DECTAR semasa majlis konvokesyen. Ini tertakluk kepada kapasiti DECTAR yang tidak mampu untuk menampung keseluruhan graduan dan ibu bapa/ keluarga dan tertakluk juga kepada SOP yang dikeluarkan oleh MKN berkenaan penganjuran majlis rasmi.
Bagaimana ibu bapa/keluarga boleh menyaksikan majlis konvokesyen yang sedang berlangsung?
Ibu bapa/keluarga boleh mengikuti siaran langsung Majlis Konvokesyen UKM ke-49 melalui media sosial FACEBOOK (FB) Live UKM.
Sekiranya saya mempunyai gejala demam, batuk atau selsema, adakah saya dibenarkan menghadiri Majlis Konvokesyen?
Tidak, graduan tidak dibenarkan hadir pada majlis berkenaan sekiranya bergejala.
Bolehkah saya memilih tarikh sidang fakulti sekiranya fakulti bersidang untuk dua hari?
Tidak. Fakulti yang mempunyai bilangan graduan melebihi kapasiti ruang DECTAR akan dipecahkan kepada dua sidang. Graduan akan diberikan kad jemputan digital berdasarkan program. Graduan hendaklah hadir pada tarikh sidang fakulti yang tertera di dalam kad jemputan tersebut.
Adakah graduan antarabangsa yang kini berada di luar negara boleh menghadiri Majlis Konvokesyen?
Graduan antarabangsa yang berstatus tamat pengajian / konvokesyen dan juga telah tamat tempoh pas pelajar perlu membuat permohonan pas lawatan sosial ke Malaysia melalui sistem Jabatan Imigresen Malaysia. Kelulusan adalah tertakluk kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan keperluan SOP negara masing-masing.
Adakah graduan dibenarkan memohon menangguhkan sesi Majlis Konvokesyen yang ditetapkan pada kali ini ke sesi Majlis Konvokesyen yang seterusnya?
Penangguhan menghadiri majlis konvokesyen boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kekosongan graduan yang tidak hadir pada Majlis Konvokesyen berkenaan berserta justifikasi yang kukuh.
Adakah saya dibenarkan membawa jambangan bunga atau hadiah masuk ke dalam dewan DECTAR?
Tidak. Para graduan TIDAK DIBENARKAN membawa sebarang jenis hadiah/cenderamata seperti jambangan bunga, patung beruang dan lain-lain masuk ke dalam DECTAR.
Adakah graduan perlu menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki DECTAR?
Ya. Penggunaan aplikasi MySejahtera DIWAJIBKAN sebelum graduan memasuki DECTAR. Para graduan juga DIWAJIBKAN untuk mengemaskini status COVID-19 mySejaHtera sebelum hadir ke Majlis Konvokesyen.
Adakah graduan perlu memakai pelitup muka semasa mengambil skrol daripada Tuanku Canselor/Pro Canselor/Naib Canselor?
Ya, pelitup muka wajib dipakai sepanjang tempoh Majlis Konvokesyen.
Bolehkah graduan bersalaman dengan Tuanku Canselor/Pro Canselor/Naib Canselor selepas mengambil skrol di atas pentas?
Tidak, graduan tidak dibenarkan untuk bersalaman dengan Tuanku Canselor/Pro Canselor/Naib Canselor dan tetamu kenamaan di atas pentas sebelum dan selepas mengambil skrol.
Adakah penganjur akan menyediakan pelitup muka khas semasa Majlis berlangsung?
Ya, pihak penganjur akan menyediakan pelitup muka khas yang memenuhi kriteria penggunaan perubatan (Medical Grade Mask) kepada graduan secara percuma dan akan diedarkan sebelum masuk ke dalam DECTAR. Namun, graduan diwajibkan memakai pelitup muka sebaik sahaja memasuki kampus UKM.
Adakah Karnival Konvokesyen akan berlangsung seperti konvokesyen sebelum ini?
Tidak. Karnival Konvokesyen secara fizikal tidak diadakan sepanjang Majlis Konvokesyen ini berlangsung. Namun begitu, graduan boleh membeli cenderamata di laman web https://ukmstore.com/
Adakah perbarisan graduan masuk ke dewan DECTAR akan dibuat sepertimana Majlis Konvokesyen sebelum ini?
Tidak. Graduan akan terus masuk ke dalam DECTAR setelah selesai melakukan imbasan suhu dan mempamerkan profil MySejahtera di pintu A atau pintu B. Graduan dikehendaki untuk mengekalkan penjarakkan fizikal sekurang-kurangnya satu meter semasa masuk ke dalam DECTAR.
Sekiranya graduan hadir bersama dengan ibu bapa/keluarga, dimanakah ibu bapa/keluarga graduan boleh ditempatkan sementara menunggu Majlis Konvokesyen selesai?
Ibu bapa/keluarga tidak digalakkan berada dalam kawasan kampus UKM sementara menunggu majlis konvokesyen selesai. Ibu bapa boleh mengunjungi tempat menarik di sekitar Bandar Baru Bangi.
Sekiranya semasa saringan kesihatan awal, suhu graduan didapati melebihi 37.5℃, apakah langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh UKM?
Graduan akan dibawa ke Pusat Kesihatan Universiti untuk saringan selanjutnya. Ujian RTK Antigen akan dijalankan ke atas graduan tersebut bagi memastikan graduan bebas daripada jangkitan COVID-19. Sekiranya keputusan ujian RTK adalah negatif, graduan akan dibenarkan untuk meneruskan konvokesyen. Sekiranya ujian RTK adalah positif, graduan akan dirujuk terus ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) dan tidak dibenarkan untuk berada dalam Majlis Konvokesyen. Kos ujian RTK ini akan ditanggung oleh graduan.

Bolehkah graduan dan rakan-rakan bergambar di dalam dan luar DECTAR selepas Majlis selesai?
Graduan TIDAK DIBENARKAN bergambar di dalam dan luar DECTAR selepas Majlis Konvokesyen selesai. Graduan dikehendaki terus beredar dari DECTAR mengikut panduan daripada petugas supaya proses sanitasi DECTAR dapat dilakukan oleh Pusat Kesihatan Universiti.
Adakah graduan dan rakan-rakan dibenarkan untuk bergambar dalam kampus UKM Bangi selepas Majlis Konvokesyen selesai?
Tidak, graduan perlu segera bersurai setelah selesai Majlis Konvokesyen.
Adakah graduan boleh memulangkan jubah menggunakan perkhidmatan pos/kurier?
Tidak, pemulangan jubah menggunakan perkhidmatan pos/kurier adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan berlaku kehilangan/kerosakan jubah. Walau bagaimanpun graduan boleh meminta wakil untuk memulangkan jubah.
Bagaimana dan bilakah saya boleh mengambil skrol dan transkrip?
Skrol dan transkrip boleh diambil selepas graduan memulangkan jubah konvokesyen masing-masing dalam keadaan baik. Pemulangan jubah dan pengambilan skrol dibenarkan mulai 27 Nov – 24 Disember 2021.