Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI) Fakulti Perubatan UKM & Brill International.
Pada 19 September 2025, Fakulti Perubatan UKM yang diwakili oleh Prof. Madya Dr. Ruslinda Mustafar, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, telah memeterai Surat Hasrat (LOI) bersama Brill International di Komune Living & Wellness Hotel, Cheras.
Kerjasama strategik ini membuka peluang baharu dalam memperkukuh jaringan akademik, penyelidikan serta penerbitan ilmiah ke persada antarabangsa.
Majlis ini turut berlangsung seiring dengan Ocular Emergency Masterclass 2025, yang menghimpunkan pakar oftalmologi tempatan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menguruskan kecemasan oftalmik.
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Prof. Madya Dr. Wan Haslina Wan Abdul Halim dan pasukan penyelidik atas dedikasi yang tidak berbelah bahagi. Semoga usaha ini memberi manfaat besar kepada masyarakat serta komuniti perubatan.
