Jabatan Oftalmologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Pascasiswazah

 

DOKTOR OFTALMOLOGI (DR. OPHTHAL)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Program Doktor Oftalmologi ialah program sarjana selama 4 tahun dengan matlamat utama untuk menghasilkan pakar oftalmologi yang berkebolehan dan terlatih secara meluas. Tempoh maksima yang dibenarkan untuk menghabiskan kursus ini ialah 7 tahun. Selama kursus calon akan menduduki 3 peperiksaan.

Bahagian I : pada penghujung tahun I.

Bahagian II : pada penghujung tahun II.

Bahagian III : pada penghujung tahun IV.

Dengan sistem terbuka kursus ini akan dijalankan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah diiktiraf oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai tempat latihan dan juga di UKM.

 

PROGRAM LATIHAN

  • Program ini merupakan latihan dalam perkhidmatan dan calon adalah bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun calon juga akan mendapat pengajaran formal dan tidak formal dalam bentuk tutorial, seminar, perbincangan berkelompok.Kursus penyegar dan kursus hujung minggu diadakan secara berkala dikampus untuk calon dalam dan luar luar kampus.
  • Setiap calon akan mempunyai penyelia yang bertanggungjawab membimbing, mengawas mengkoordinasikan aktiviti pembelajaran dan menilai kemajuan calon.Calon luar kampus juga akan mempunyai penyelia dalam kampus.
  • Calon dikehendaki merancang, menjalan dan menulis projek penyelidikan. Calon akan menghadiri kursus metodologi penyelidikan di tahun II untuk membantu tugas ini. Disertasi penyelidikan perlu diserahkan 6 bulan sebelum peperiksaan akhir bahagian III.
  • Calon dikehendaki menjalani kepaniteraan alektif neorologi atau perubatan dalaman di tahun II, selama 3 bulan. Calon luar kampus dikehendaki menjalani kepaniteraan elektif oftalmologi selama 6 bulan di UKM dalam tahun IV. Bagi calon yang menjalani kursus di UKM, kepaniteraan elektif adalah di hospital KKM selama 4 bulan untuk meningkatkan pendedahan klinikal dan praktikal.
  • Calon dikehendaki menulis 10 laporan kes yang perlu selesai 2 bulan sebelum peperiksaan Bahagian II.
  • Calon dimestikan menyimpan buku log selama kursus dan merekodkan semua prosidur dan pembedahan yang telah dilakukan sendiri, sebagai pembantu atau sebagai penyelia.
  • Untuk menjayakan sistem terbuka semua calun mesti mendaftar dengan perpustakaan UKM untuk membolehkan mereka memasuki perpustakaan maya UKM. Kesemua tempat latihan juga mestilah mempunyai kemudahan perpustakaan yang dilengkapi dengan buku rujukan dan jurnal-jurnal tempatan dan antarabangsa, kemudahan komputer dan sistem komunikasi yang membolehkan hubungan antara pengajar dan calon atau antara calon dari pusat latihan yang berbeza.
  • Calon dikehendaki mencapai satu tahap kemahiran klinikal dan praktikal untuk setiap tahun pengajian.

 

Muat turun:

1. Borang Laporan Kemajuan Pelajar (borang-laporan-kemajuan-pelajar-pascasiswazah)

2. Borang Semakan Literature Review (borang-semakan-literature-review)

3. Format Penulisan Disertasi (format-penulisan-disertasi-peperiksaan-bahagian-iii_new)

4. Borang Laporan Penyelia Calon (laporan-penyelia-calon)

5. Writing a Literature Review by AP Dr. Norshamsiah Md. Din (Muat turun)

6. How to Write Case Report by AP Dr. Norshamsiah Md. Din (Muat turun)

 

Pautan Luar:

Pusat Siswazah UKM: http://www.ukm.my/pusatsiswazah/en/

Sekretariat Pengajian Siswazah (SPS) Fakulti Perubatan UKM: https://www.ukm.my/fper/sps/

Sekretariat Penyelidikan & Inovasi Fakulti Perubatan UKM: https://www.ukm.my/spifper/