Jabatan Oftalmologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Latarbelakang

 

Klinik Mata Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia  mula beroperasi pada tahun 1997 serentak dengan pembukaan Hospital UKM. Pada bulan Januari 2003, Klinik Mata HUKM ditukar nama kepada Pusat Rawatan Mata HUKM sejajar dengan visi Jabatan Oftalmologi iaitu ke arah menjadi pusat mata terunggul di Malaysia dari segi penjagaan pesakit, pengajaran dan penyelidikan.

Kini, Jabatan Oftalmologi diketuai oleh Dr. Othmaliza Othman dan mempunyai seramai 13 orang pensyarah pakar oftalmologi yang sedang berkhidmat di Klinik Mata, HCTM UKM.