Jabatan Oftalmologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah & Pencapaian

KEJAYAAN TERKINI

Pembedahan Osteo-Odonto Keratoprosthesis (OOKP) yang pertama di Malaysia telah berjaya dijalankan oleh Pakar Perunding Oftalmologi (Kornea) PPUKM, Dr. Then Kong Yong dengan kerjasama Jabatan Bedah Maksilofasial. Pembedahan tersebut merupakan pembedahan yang dijalankan ke atas pesakit yang mempunyai kebutaan kornea yang tidak mempunyai harapan untuk pembedahan kornea yang lain Pembedahan tersebut terdiri dari 2 peringkat pembedahan, telah berjaya dijalankan ke atas seorang pesakit pada bulan April dan Julai 2008. Pesakit tersebut, En. Dunya Enchana, kini mempunyai penglihatan terbaik 6/36 berbanding dulu yang hanya boleh melihat cahaya lampu (perception of light).

 

Dr Then OOKP

 

 

TAHNIAH- YBhg Prof.Dr. Ropilah  Abdul Rahman

Tahniah diucapkan kepada YBhg Prof. Dr. Ropilah Abdul Rahman kerana telah diberikan Mohamed Noor Marahakim Award sempena 1st Annual MOH-USM-UKM-UM Ophthalmology Scientific Conference In Conjunction With 5th USM Ophthalmology Symposium, yang berlangsung di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan pada 16 Julai 2011. Anugerah ini adalah sebagai pengiktirafan bagi jasa dan khidmat beliau dalam program pengajaran dan perkhidmatan dalam bidang Oftalmologi khususnya.

Prof RA Marahakim Award