Lawatan Prof. Dr. Aung Tin dari Singapore National Eye Centre ke Jabatan Oftalmologi

Pada 17 November 2022 yang lalu, Jabatan Oftalmologi Fakulti Perubatan UKM telah menerima kunjungan daripada Prof. Dr. Aung Tin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore National Eye Centre (SNEC). Prof. Aung Tin juga merupakan mantan Professor Tersohor Antarabangsa Jabatan Oftalmologi yang dilantik bermula Mac 2021 sehingga Mac 2022.

Pada sesi lawatan tersebut, beberapa aktiviti telah dijalankan termasuklah sesi perbincangan hala tuju dan kolaborasi penyelidikan bersama dengan pensyarah dan pakar-pakar oftalmologi, sesi perkongsian dan pengajaran bersama dengan pelajar-pelajar pascasiswazah, lawatan ke Pusat Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif (CTERM) dan juga UMBI.

Pihak Jabatan Oftalmologi mengucapkan setinggi penghargaan kepada Prof. Aung Tin di atas perkhidmatan dan perkongsian yang diberikan. Semoga kerjasama erat ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.