Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Oftalmologi 2022

Pada 27 Mei 2022, Jabatan Oftalmologi telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilifitri peringkat Jabatan Oftalmologi yang telah dihadiri oleh semua kakitangan yang berkhidmat di Jabatan termasuklah kakitangan dari klinik, wad dan dewan bedah. Turut hadir adalah jemputan dari pengurusan tertinggi fakulti serta jiran-jiran Jabatan ORL & Ortopedik yang turut sama memeriahkan majlis tersebut. Majlis sambutan hari raya ini diadakan secara tahunan, tetapi disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara semenjak tahun 2020, majlis ini tidak tidak dapat dijalankan sehingga tahun 2021. Namun disebabkan keadaan telah semakin baik, majlis jamuan ini dapat diadakan pada tahun 2022 dan diharapkan semua kakitangan dapat mengambil peluang untuk bermaaf-maafan dan menguatkan ikatan silaturrahim sesama kita.