Tahniah: Anugerah Pengiktirafan Penyelidikan Gegar Gamat!
Jabatan ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dr. Mae-Lynn Catherine Bastion serta ahli kumpulan penyelidikan ubat titis mata Insulin atas penerimaan Anugerah Pengiktirafan Penyelidikan Gegar Gamat – Pemacu Perubahan (Taraf 5) di UKM Bangi!
Projek inovatif Ubat Titis Mata Insulin ini bukan sahaja mencerminkan komitmen tinggi dalam penyelidikan berimpak, tetapi juga membawa manfaat besar kepada komuniti dan berpotensi untuk dikomersialkan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga penyelidik lain untuk terus cemerlang.