You are currently viewing Sesi Latihan Menembak PALAPES UKM

Sesi Latihan Menembak PALAPES UKM

YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ehkwan Toriman bersama Pendaftar meluangkan masa ke sesi latihan menembak PALAPES UKM di Lapang Sasar Batu Hampar Jugra pada 4 Mac 2022.
 
Sesi latihan pada kali ini melibatkan pertandingan Piala Pusingan Komandan PALAPES bagi Acara Menembak M4 Berpasukan dan Piala Pusingan Timbalan Komandan PALAPES bagi Acara Menembak Berpasukan Pistol. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada alumni PALAPES UKM sesi 10 dan pegawai kadet PALAPES UKM.
 
Tahniah diucapkan kepada pemenang pusingan dan penganjur di atas kejayaan yang dicapai pada hari ini.