You are currently viewing Bicara Perdana Naib Canselor 2024

Bicara Perdana Naib Canselor 2024

YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM hadir ke DECTAR pagi ini bagi menyaksikan Bicara Perdana Naib Canselor 2024 dengan tema “Mutiara Watan, Juara Sepanjang Zaman” yang disampaikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman.
 
Tahun ini merupakan Bicara Perdana Naib Canselor ke-empat Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan selaku Naib Canselor yang menerajui universiti watan ini.
Dalam bicara ini, Naib Canselor telah mengupas strategi serta hala tuju UKM pada sepanjang tahun ini, di samping membentangkan pencapaian dan keberhasilan pada tahun-tahun sebelumnya dalam memacu agenda universiti untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang.
 
Majlis ini turut menyaksikan pelancaran video korporat baharu UKM dan video baharu lagu Varsiti Kita. Pada majlis ini juga, Naib Canselor turut menyerahkan buku Bicara Perdana Naib Canselor 2024 kepada Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak.
Tahniah kepada barisan urusetia dan terima kasih kepada seluruh warga UKM yang hadir menyaksikan acara tahunan ini.