You are currently viewing Majlis Penyerahan Sumbangan dan Penutup Program “Back to School”

Majlis Penyerahan Sumbangan dan Penutup Program “Back to School”

YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM meluangkan masa menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan dan Penutup Program “Back to School” bersama Alumni yang diadakan di Pusanika, hari ini.
 
Program anjuran Pusat Perhubungan Alumni bersama Jabatan Pendaftar ini telah berlangsung sejak 4 hingga 6 Mac 2024.
Program ini bertujuan bagi membantu warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat persediaan persekolahan anak-anak dengan membeli barang persekolahan dengan potongan harga sebanyak 25% yang diberikan oleh syarikat My-Sutera Sdn. Bhd. (Canggih). Naib Canselor, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman merakamkan penghargaan kepada pihak My-Sutera Sdn. Bhd. kerana bermurah hati memberi sumbangan sebanyak 200 unit bag sekolah dan alat tulis kepada anak-anak kakitangan UKM yang memerlukan. Dalam majlis ini juga, Pusat Zakat UKM juga turut menyampaikan sumbangan zakat bernilai RM9,400 bagi bantuan persekolahan kepada anak-anak warga UKM.
 
Terima kasih kepada Tuan Haji Annas Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif My-Sutera Sdn. Bhd. (Canggih) yang merupakan salah seorang alumni watan atas jasa dan bakti kepada alma metar. Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil; Ketua Pegawai Eksekutif My-Sutera Sdn. Bhd. (Canggih), Tuan Haji Annas Ahmad dan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Dr. Roslan Ja’afar.