You are currently viewing Majlis Perasmian Bantuan Perumahan Zakat Bukit Puteri UKM

Majlis Perasmian Bantuan Perumahan Zakat Bukit Puteri UKM

YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar bersama-sama Naib Canselor, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman mengiringi Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak ke Majlis Perasmian Bantuan Perumahan Zakat Bukit Puteri UKM, hari ini. 
 
Seramai lima orang kakitangan UKM yang layak telah menerima kunci rumah untuk mendiami Perumahan Zakat Bukit Puteri UKM. 
Bantuan Perumahan Zakat UKM merupakan bantuan tempat tinggal yang disediakan secara percuma kepada asnaf kakitangan yang memerlukan. Bantuan ini turut diberikan kepada kakitangan yang bertugas di Cheras iaitu di Pangsapuri Cemara dan Pangsapuri Laman Midah. 
 
Untuk makluman, kerja-kerja pembaikan dan menaiktaraf 10 unit rumah di Bukit Puteri telah selesai pada Disember 2023 dengan kos keseluruhan berjumlah hampir RM 445,000.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pusat Islam melalui Jawatankuasa Pengurusan Zakat UKM dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Prasarana dan Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan, Jabatan Pendaftar serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Bantuan Perumahan Zakat ini dan tahniah juga diucapkan kepada semua penerima.
Semoga dengan pemberian bantuan ini dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung dan memberi keceriaan dalam meneruskan kehidupan dan perkhidmatan di UKM.
Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr Mohd Suzeren Md Jamil; Bendahari, Encik Mohd Azli Mohd Kasirun; Pengarah Pusat Islam, Dr Wan Haslan Khairuddin dan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Prasarana, Encik Zolkefli Mohamed.