You are currently viewing Majlis Perasmian Program Perkampungan Ilmu (Kamunting-UKM)

Majlis Perasmian Program Perkampungan Ilmu (Kamunting-UKM)

Majlis yang melibatkan pengurusan tertinggi UKM bersama pelajar-pelajar daripada tiga buah sekolah ini berlangsung pada 24 September 2022. Peserta seramai 343 orang pelajar berada di UKM selama 4 hari bagi persediaan menghadapi STPM dan pendedahan sambungan tawaran pengajian di UKM.

Naib Canselor dalam ucapan perasmian juga menyantuni dan menggalakkan peserta untuk menjadikan UKM sebagai universiti pilihan bagi menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Ahmad Shalimin, Ahli Lembaga Pengarah UKM yang turut menyumbang kepada keberjayaan majlis ini.