You are currently viewing Program PDRM Special Dialogue 2024

Program PDRM Special Dialogue 2024

YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM hadir bagi menyaksikan pemeteraian MoU yang ditandatangi oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dato’ Dr. Mohammad bin Kassim yang mewakili UKM, manakala PDRM diwakili oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
MoU ini disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meneruskan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi meneruskan penawaran kursus Program Sarjana Sains Sosial dalam Pengajian Kepolisan.
 
Selain MoU bersama UKM, PDRM turut menandatangani MoU dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Kedua-dua MoU ini ditandatangi bersempena dengan Program PDRM Special Dialogue 2024 Sempena Peringatan Hari Polis Tahun Ke-217 yang diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur.
 
Antara tetamu kehormat yang turut sama hadir ialah Menteri Konunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Haji Nasarah; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Hj Abdul Halim Hj Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Dari UKM, antara yang hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr Mohd Suzeren Md Jamil; Pengarah Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape), Prof. Datuk Dr. Muhammad bin Hussin dan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof Dr Ishak Ahmad.