Amalan EKSA : Persekitaran Kerja Berkualiti dan Cemerlang
Sepanjang tahun 2024 dan 2025, pelbagai aktiviti dan program EKSA telah dilaksanakan, antaranya:
1.Gotong-Royong : Gotong-royong dilaksanakan sama ada di peringkat Kluster Dua atau zon mengikut keperluan masing-masing bagi memastikan kebersihan ruang kerja sentiasa optimum.


2. Program “Jom 5 Minit EKSA” : Hebahan poster setiap hari Rabu dan video sebulan sekali bagi menggalakkan staf meluangkan masa 5 minit setiap hari untuk mengemas ruang kerja sebelum pulang.

3. Penilaian Kendiri dan Audit Dalaman EKSA : Melalui penilaian kendiri ini, pengiktirafan diberikan kepada Ruang Kerja Terbaik, Pejabat Terbaik dan Tandas Terbaik. Audit dalaman pula dijalankan secara teliti oleh juruaudit daripada jabatan lain bagi mengekalkan standard kualiti yang tinggi.

4. Program Jelajah EKSA UKM Siri 1: Kluster Dua telah dinobatkan sebagai Johan (berkongsi bersama Fakulti Pengajian Islam) dalam Program Jelajah EKSA UKM Siri 1 pada 12 Februari 2025. Hentian Kluster Dua (Hentian Tiga) berjaya memikat hati juri dengan keunikan Pameran Kitar Semula, video kompilasi, persembahan pantun, maskot kitar semula dan Sudut EKSA yang informatif.


5. Sesi perkongsian dan lawatan penanda aras : Kluster Dua berkongsi pengalaman pelaksanaan EKSA kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) yang mengadakan lawatan penanda aras.

6. Pelaksanaan soal selidik kefahaman dan kepuasan EKSA : Hasil maklum balas soal selidik menunjukkan warga Kluster Dua mempunyai tahap kefahaman yang sangat baik serta kepuasan yang tinggi terhadap impak positif EKSA di tempat kerja.
7. Kempen Jimat Tenaga : Memberi kesedaran supaya mengurangkan pembaziran tenaga dan memupuk budaya bertanggungjawab terhadap penggunaan sumber yang terhad. “Jimatkan Tenaga, Selamatkan Dunia”.


8. Video Jimat Tenaga : Menggalakkan penggunaan tangga berbanding dengan lif sebagai inisiatif penjimatan tenaga elektrik.
9. Pertandingan Amalan Hijau : Diadili oleh panel juri profesional daripada Pusat Strategi UKM dan Fakulti Pengajian Islam UKM. Zon al-Jabbar merangkul gelaran johan, diikuti Zon Abu Ali al-Hasan dan Zon al-Biruni



10. Program Hari Kitar Semula : Aktiviti pengumpulan minyak masak terpakai bersama RW CEO Enterprise, ceramah dan pameran kesedaran oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor.


11. Projek Keceriaan Ruang Hadapan Lif dan Tangga Pelanggan PTSL : Dijalankan secara berfasa dari aras dua hingga lima semasa cuti semester bagi memberikan keselesaan maksima kepada pelanggan universiti


Secara keseluruhannya, EKSA merupakan satu pendekatan penting dalam meningkatkan kecekapan serta kualiti pengurusan organisasi. Pelaksanaannya bukan sahaja mampu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, malah turut membentuk budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga organisasi. Justeru, komitmen dan kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi memastikan matlamat EKSA dapat dicapai dengan jayanya. Dengan persekitaran kerja yang sistematik, selesa dan lestari, hasrat untuk melahirkan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berprestasi tinggi akan lebih mudah direalisasikan.