| |

Projek Penyelidikan WaRiSAN Melayu: Memartabatkan Bahasa Kebangsaan di Era Kecerdasan Buatan (AI)

Peranan Perpustakaan UKM
Bengkel Brainstorming Penyedia Data dan Teknikal Bagi Projek Warisan Melayu, 28 Mei 2025 (Rabu) di Tenera Hotel & Suites, Bangi, Selangor
Mesyuarat Kerjasama Projek Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan Menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) antara UKM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 23 Jun 2025 (Isnin)
di Bilik Mesyuarat Tun Perak, Aras 29, Menara DBP.
Sesi Menandatangani Letter of Intent (LOI) UKM dan RTM pada 18 Ogos 2025 (Isnin), di Bilik Persidangan Panorama, Aras 13, Menara Angkasapuri

Perpustakaan UKM memikul tanggungjawab besar dalam menyediakan set data kepada teknologi AI. Tanpa set data yang bersih dan berkualiti, model AI tidak mampu berfungsi dengan tepat. Fokus utama pasukan Perpustakaan UKM adalah mengumpul korpus teks daripada pelbagai domain khusus, merangkumi Alam dan Tamadun Melayu; Undang-Undang; Perubatan dan Sains Kesihatan; STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik); Kejuruteraan; Pendidikan dan Bahasa Etnik Sabah & Sarawak. Dokumen teks penuh khususnya berstatus akses terbuka dibekalkan kepada pasukan teknikal dari semasa ke semasa merangkumi tesis, artikel jurnal, buku, koleksi khas dan artikel surat khabar. Aspek keselamatan data dan hak cipta dititik beratkan bagi memastikan penggunaan koleksi digital mematuhi undang-undang harta intelek dan Akta Perkongsian Data 2025. Proses membangunkan korpus ini bukanlah sekadar memuat naik fail secara rawak. Ia melibatkan rantaian kerja yang teliti bagi memastikan kualiti data berada pada tahap tertinggi seperti berikut;

  • Pendigitalan & Optical Character Recognition (OCR): Bahan-bahan bercetak dan mikro diimbas menggunakan mesin pengimbas berkapasiti tinggi. Teknologi OCR digunakan untuk menukar imej kepada teks yang boleh dibaca oleh komputer.
  • Metadata & Pemetaan: Setiap dokumen dilabelkan dengan maklumat yang tepat (metadata) bagi memudahkan rujukan dan latihan model.
  • Pembersihan Data: Dokumen digital dibekalkan kepada pasukan teknikal di Fakulti Teknologi & Sains Maklumat untuk proses pembersihan set data daripada ralat ejaan atau format yang tidak teratur.

Siaran Serupa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *