Sanggar Kerja Perpustakaan (SKP) 2025
Mengukuhkan Ukhuwah: “Team Building” dan Kerohanian


Selain daripada isu dan perbincangan berkaitan strategi Perpustakaan, elemen pengukuhan pasukan turut diberikan penekanan. Aktiviti seperti Jungle Trekking sejauh 3 kilometer di kaki Gunung Ledang dan aktiviti Amazing Race berjaya memupuk semangat kerjasama dan daya saing yang sihat dalam kalangan peserta.





Aspek spiritual juga tidak dilupakan. Jawatankuasa Kerohanian telah mengatur sesi solat berjemaah jama’ dan qasar, serta sesi tazkirah selepas Subuh. Pengisian ini bertujuan membina kesedaran tentang hubungan “ubudiyyah” (hamba dengan Pencipta) dalam pekerjaan, agar setiap tugas yang dilaksanakan dikira sebagai nilai ibadah.