| |

Sanggar Kerja Perpustakaan (SKP) 2025

Implikasi Kewangan dan Pelaksanaan Strategik

Penganjuran SKP 2025 ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM28,942.40 yang dibiayai oleh Tabung Penjanaan Perpustakaan. Sekiranya kesemua 16 inisiatif utama yang dirancang untuk tempoh 2025-2027 ingin dilaksanakan, Perpustakaan menganggarkan anggaran peruntukan sumber kewangan yang perlu disediakan bernilai RM 894,603.00. Daripada jumlah tersebut, kategori peralatan & ICT mendominasi peratusan bajet (54.8%), membuktikan tekad Perpustakaan untuk melakukan anjakan paradigma dalam penyampaian perkhidmatan berasaskan teknologi.

Maklum Balas dan Harapan Masa Depan

Berdasarkan borang penilaian, 64 maklumbalas telah diterima, iaitu 42 orang pustakawan dan 22 orang kakitangan pelaksana. Majoriti peserta memberi penilaian “memuaskan” dan “sangat memuaskan” terhadap keseluruhan program yang dijalankan. Antara syor penambahbaikan yang dikemukakan oleh peserta termasuklah penyusunan jadual yang lebih fleksibel dan pemilihan lokasi yang mempunyai capaian internet lebih stabil untuk memudahkan urusan dokumentasi digital.

Penutup

Sanggar Kerja Perpustakaan UKM 2025 telah melabuhkan tirainya dengan seribu azam dan resolusi yang mantap. Segala resolusi yang dicapai perlu diperhalusi dan dipertimbangkan sebagai tindakan pelaksanaan demi memastikan Perpustakaan UKM terus menjadi hab perkembangan dan kecemerlangan ilmu. Tahniah kepada semua jawatankuasa penganjur dan peserta yang terlibat. Dengan sokongan padu seluruh warga, aspirasi untuk menjadikan Perpustakaan UKM sebagai pemangkin masyarakat berilmu pasti akan tercapai nanti. Insya-Allah.

Malam penutup

Siaran Serupa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *