Pusat Islam

 Universiti Kebangsaan Malaysia

BORANG PERKHIDMATAN HAL EHWAL ISLAM PUSAT ISLAM KAMPUS KUALA LUMPUR (BOHMI01/2023-1)

BORANG PERKHIDMATAN HAL EHWAL ISLAM  :https://forms.gle/z2HnA7CxQbrvAt2L7

PENGENALAN

Pusat Islam KKL berfungsi untuk menguruskan segala aktiviti-aktiviti kerohanian dan hal-ehwal islam di kampus Cheras untuk  kakitangan,  pesakit  dan  pelajar  serta  menguruskan pentadbiran surau Pusat Perubatan UKM.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  1. Menjadi penggerak aktiviti keagamaan serta penyebaran dakwah Islamiah.
  2. Memberi bimbingan  dan  pendidikan  kepada  warga UKM Kampus Cheras dan masyarakat sekitar ke arah pembentukan keperibadian Islam yang sempurna.
  3. Menjana sakhsiah melalui penerapan nilai-nilai murni berteraskan ajaran yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
  4. Memperkasa penyebaran  ilmu  dan  kefahaman  Islam melalui  program  akademik  dan  bukan akademik  yang berkualiti.
  5. Mewujudkan hubungan dengan pesakit melalui jaringan Hospital Mesra Ibadah.

FUNGSI

  1. Menjalankan aktiviti dan program kearah mempertingkatkan syiar Islam.
  2. Menjadi tempat rujukan bagi perkembangan dakwah dan isu-isu islam semasa warga Kampus.
  3. Menyediakan khidmat    nasihat    dan    bimbingan keagamaan kepada pesakit, ahli keluarga dan warga kampus.
  4. Membantu pihak hospital bagi mengubati para pesakit dari sudut kerohanian.

BENTUK PERKHIDMATAN

  1. Khidmat nasihat keagamaan.
  2. Khidmat bimbingan ibadah.
  3. Khidmat tazkirah / ceramah.
  4. Khidmat bacaan yasin, tahlil dan doa selamat.
  5. Khidmat bacaan doa majlis rasmi.
  6. Khidmat solat hajat.
  7. Khidmat azan dan iqamah kepada bayi yang baru lahir.
  8. Khidmat ziarah pesakit.
  9. Khidmat bacaan doa ruqyah.
  10. Khidmat terapi syar’ie.

BAYARAN PERKHIDMATAN

Tiada   bayaran   yang   ditetapkan. Sumbangan kewangan dialu-alukan dan boleh diberi melalui tabung   Pusat Islam yang disediakan di Pejabat Pusat Islam.

MASA PERKHIDMATAN

Masa perkhidmatan bergantung kepada kelapangan masa pegawai terlibat dan ditentukan semasa temujanji. Temujanji   boleh   dibuat   dengan   mengisi borang yang disediakan, menghubungi pegawai kami atau dirujuk oleh doktor HCTM.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH DIHUBUNGI

Pejabat Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur:  03-9145 6873