INFO STUDIO
Bilik Studio Pusat Islam UKM dilengkapi dengan kemudahan rakaman audio dan video profesional bagi tujuan penyediaan kandungan digital seperti podcast, siaran langsung, kuliah dalam talian, dan rakaman promosi. Studio ini dilengkapi mikrofon kondensor, pencahayaan LED, kamera beresolusi tinggi, dan sistem kawalan bunyi bagi menghasilkan rakaman berkualiti tinggi.
Kemudahan ini digunakan untuk program rasmi Pusat Islam UKM seperti podcast ilmiah, temubual khas, tazkirah, dan sesi latihan. Ia turut menjadi pusat penghasilan kandungan dakwah yang kreatif dan mesra media sosial.
Pusat Islam UKM turut menawarkan perkhidmatan penyewaan Bilik Studio kepada warga UKM yang memerlukan ruang rakaman profesional bagi tujuan akademik, latihan, atau penghasilan kandungan digital. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi pihak pengurusan Pusat Islam UKM untuk maklumat lanjut dan jadual penggunaan.

