Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja UKM–Graduate School of Business (UKM-GSB) atas sumbangan wakaf permaidani Masjid UKM berjumlah RM50,000.00. Sumbangan ini amat bermakna dalam menyokong usaha memperindah serta memakmurkan Masjid UKM sebagai pusat ibadah, ilmu dan penyatuan warga universiti. Semoga segala kebaikan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT.


