MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN

BANGI, 06 Mac 2026 – Mengimarahkan keberkatan bulan Ramadan, Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran peringkat universiti, sebuah tradisi kerohanian yang menjadi agenda tahunan warga kampus. Penghayatan Al-Quran Sebagai Teras. Dalam majlis tersebut, Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh dalam ucapannya menekan kelebihan menghayati Al-Quran dan sentiasa tadabbur setiap ayat yang telah dibaca.
Sumbangan & Keprihatinan Korporat
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan yang memperkasakan kebajikan warga UKM:
  1. UKM Holdings: Sumbangan berjumlah RM213,124.
  2. Koperasi Generasi Felda: Sumbangan wakalah sebanyak RM20,000.
  3. Yayasan Canselor: * Sumbangan Ambulan Wakaf kepada Pusat Kesihatan Universiti (PKU) bernilai RM400,000.
  4. Wakaf Khas Permaidani Masjid UKM (Fasa 1) berjumlah RM250,000.
  5. Bantuan Pendidikan: Penyerahan bantuan yuran pengajian khusus buat atlet sukan UKM.
Turut Hadir Memeriahkan Majlis
Kehadiran pengurusan tertinggi universiti membuktikan sokongan padu terhadap program ini, antaranya:
  1. Prof. Dr. Ismanizan Ismail (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi)
  2. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
  3. Tuan Haji Zainudin Mohd Daud (Pendaftar UKM)
Semoga segala sumbangan dan pengisian majlis ini mendapat keberkatan serta memberi impak positif kepada seluruh warga universiti.

Add a new location

Edit Location

Add up to 5 images to create a gallery for this location.

×