Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Zakat Fitrah bagi tahun ini boleh ditunaikan melalui Amil Zakat Fitrah Masjid UKM yang telah dilantik secara rasmi.
Zakat fitrah hendaklah ditunaikan mengikut harga beras yang dimakan, sebagaimana kadar yang telah ditetapkan.
(Beras Super Spesial Tempatan / Beras Putih Import)
(Beras Wangi / Beras Pulut / Beras Rebus / Beras Perang)
(Beras Herba Ponni / Beras Jepun / Beras Basmathi / Beras Merah / Beras Hitam)
Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebanyak satu sha‘ kurma atau satu sha‘ gandum ke atas hamba dan orang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar dalam kalangan orang Islam, dan Baginda memerintahkan agar ia ditunaikan sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Hari Raya).”
(Riwayat al-Bukhari, 1503; Muslim, 984)
Sehubungan itu, seluruh warga kampus dan masyarakat sekitar diseru agar:
Semoga ibadah yang dilaksanakan menyempurnakan Ramadan dan membawa kegembiraan kepada golongan yang memerlukan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Islam UKM.
Jom sempurnakan Ramadan dengan menunaikan Zakat Fitrah.


