KURSUS PRA-PERKAHWINAN ISLAM

KURSUS PRA-PERKAHWINAN ISLAM

Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa seluruh warga UKM dan masyarakat umum untuk menyertai Kursus Pra Perkahwinan yang dianjurkan khas bagi memberikan pendedahan awal kepada bakal pasangan dalam membina institusi keluarga berlandaskan syariat Islam.

Kursus ini akan diadakan pada 2 dan 3 Mei 2026 (Sabtu dan Ahad), bermula dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang bertempat di Dewan Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Penyertaan adalah terhad kepada 150 peserta sahaja.

Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM85 bagi pelajar dan RM100 bagi kakitangan. Peserta akan didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan perkahwinan termasuk aspek syariah, pengurusan rumah tangga serta pembinaan keluarga sejahtera selari dengan tema “Syariat Diperkasa, Mahligai Sejahtera”.

Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan mengimbas kod QR yang disediakan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urus setia di talian 019-595 0587 (Iman) atau 012-519 0452 (Syafiqah).

Tempat adalah terhad, daftar segera bagi memastikan penyertaan anda.

Add a new location

Edit Location

Add up to 5 images to create a gallery for this location.

×