Dimaklumkan bahawa satu program ilmiah khas bertajuk Fiqh Wanita: Antara Haid dan Istihadah akan diadakan bagi memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih jelas berkaitan isu haid dan istihadah dalam kalangan wanita.
Program ini akan berlangsung pada 9 Januari 2026 (Jumaat), bermula jam 2.00 petang hingga 4.30 petang, bertempat di Dewan Auditorium Siswa, PUSANIKA. Pengisian akan disampaikan oleh Ustazah Ummu Khadeeja Al-Kubra, seorang sarjana hadis dari Universiti Az-Zaitunah.
Program ini terbuka kepada wanita sahaja dan dianjurkan oleh Ikatan Studi Islam UKM dengan kerjasama Pusat Islam UKM serta Lajnah Hal Ehwal Siswi Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam.
Peserta berpeluang memperoleh merit iSTAR serta goodies untuk 50 peserta terawal. Semua warga wanita dijemput hadir bagi memanfaatkan peluang menimba ilmu yang bermanfaat ini.


