??????? ????????? ????? ????? ??? ????? ?????? ????
Kontinjen Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya menyertai Kejohanan Sukan Pusat Islam IPT Malaysia (KASPiM) 2025 yang berlangsung dari 25 hingga 27 Julai 2025. Sepanjang kejohanan ini, kontinjen telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan komitmen yang membanggakan dalam setiap acara yang disertai.
Hasil usaha dan dedikasi semua ahli pasukan, kontinjen Pusat Islam UKM berjaya meraih kutipan pingat kedua terbanyak dengan jumlah keseluruhan sebanyak 18 pingat, iaitu:
Pencapaian ini merupakan bukti usaha gigih dan kerjasama erat dalam kalangan warga Pusat Islam UKM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan urus setia yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam kejohanan akan datang.



