Pergi ke taman memetik melati,
Melati putih harum baunya;
Bulan Ramadan hadir diberkati,
Ayuh kita rebut pahala bersama.
Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia membuka Lot Tajaan Ihya’ Ramadan Masjid UKM 1447H / 2026M, merangkumi sumbangan sahur dan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan. Warga UKM dan para penyumbang dijemput bersama-sama menyumbang sebagai amal jariah bagi memakmurkan masjid UKM.
Sumbangan boleh dibuat melalui tajaan satu hari, satu lot penuh atau mini lot, dan disalurkan melalui cek atas nama Bendahari UKM, pindahan bank atau terus ke kaunter Pusat Islam UKM. Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat dan diganjari pahala berlipat ganda oleh Allah SWT.


