MEMBURU MALAM LAILATUL QADAR DI 10 MALAM TERAKHIR

MEMBURU MALAM LAILATUL QADAR DI 10 MALAM TERAKHIR

Andai Ramadan 29 Hari maka maka malam ini sudah bermula 10 malam yang terakhir! Ini bermakna misi memburu malam terhebat Lailatul Qadar akan bermula.
Saidatina ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: “Rasulullah ﷺ sering mengasingkan diri (beri’tikaf) pada sepuluh akhir Ramadhan.” Baginda bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan.”
[Sahih al-Bukhari]
Rasulullah ﷺ juga mengajarkan doa Lailatul Qadar kepada ‘Aisyah r.a.:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
“Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni.”
(Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf. Engkau mencintai orang yang meminta maaf, oleh itu maafkanlah aku). [Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah]
Banyakkan doa ini di setiap malam. Moga Allah kurniakan kita rezeki bertemu lailatul qadar.

Add a new location

Edit Location

Add up to 5 images to create a gallery for this location.

×