PROGRAM BERBUKA PUASA RAMADAN MASJID UKM

PROGRAM BERBUKA PUASA RAMADAN MASJID UKM

Program Berbuka Puasa Ramadan anjuran Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini telah bermula dan akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan sehingga hari ke-25 puasa.

Sehubungan itu, seluruh warga UKM dan masyarakat sekitar dijemput hadir untuk bersama-sama berbuka puasa di Masjid UKM dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwwah. Program ini merupakan antara inisiatif dalam mengimarahkan bulan Ramadan di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan jemaah.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyumbang atau menaja juadah berbuka puasa dengan kadar seperti berikut:
• RM100 – 1 mini lot
• RM1,000 – 1 lot
• RM8,000 – tajaan 1 hari

Semoga sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT.

Kehadiran dan sokongan semua amat dihargai dalam memeriahkan lagi program berbuka puasa di Masjid UKM.

Add a new location

Edit Location

Add up to 5 images to create a gallery for this location.

×