Pusat Islam UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia atas pengurniaan Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S) yang membawa gelaran Dato’ sempena Hari Keputeraan Ke-78 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam kepimpinan, ilmu dan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.
Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga Kerja Pusat Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


