Solat Sunat Terawih di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah bermula sejak malam tadi sempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia.
Sehubungan itu, seluruh warga UKM dan masyarakat sekitar dijemput hadir untuk bersama-sama mengimarahkan solat Terawih secara berjemaah di Masjid UKM sepanjang bulan Ramadan. Pelaksanaan solat ini diharap dapat menjadi medan meningkatkan keimanan dan menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah.
Marilah kita bersama-sama merebut peluang di bulan yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan amalan serta mengimarahkan masjid.





