Dengan izin Allah SWT, kutipan Karpet Masjid Aras Bawah sebanyak RM250,000 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan para dermawan sekalian.
Jazakumullahu khairan kathira atas keikhlasan dan sokongan tuan/puan. Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah berpanjangan dan asbab keberkatan dalam kehidupan.
Bayangkan setiap sujud, setiap doa dan setiap bacaan al-Quran di atas karpet tersebut menjadi saham pahala yang terus mengalir walaupun kita telah tiada.
Inilah peluang kita menanam pelaburan akhirat yang tidak pernah rugi.
03-8921 5404 (Ustaz Danial)
Semoga Allah menerima amal kita semua dan menjadikan usaha ini asbab kemakmuran rumah-Nya. Aamiin 
#MasjidUKM#karpetmasjid#PusatIslamUKM


