Syair Patriotik IPT – Syarat

Syarat & Peraturan Umum

  1. Terbuka kepada semua pelajar UA warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana secara sepenuh masa dan berdaftar secara sah dan mestilah menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Peserta perlu menghasilkan rakaman video semasa mendendangkan syair.

  2. Pertandingan ini merupakan dendangan secara solo menggunakan apa saja irama dan teks syair pilihan sendiri dan peserta haruslah mendendangkan satu (1) sahaja pilihan irama. setiap UA hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.

  3. Pilihan teks syair adalah bebas tetapi haruslah bertemakan “Malaysia Prihatin” manakala bagi dendangan syair hendaklah diiringi muzik atas kreativiti masing-masing dan durasi dendangan mestilah tidak kurang dari tiga minit dan tidak lebih dari lima minit.

  4. Penggunaan teks syair dari mana-mana sumber adalah tanggungjawab peserta untuk mendapatkan kebenaran hak cipta.

  5. Mana-mana UA yang akan menyertai pertandingan ini hendaklah melengkapkan borang penyertaan melalui Google Form yang disediakan oleh Urusetia Pertandingan mengikut tarikh akhir yang ditetapkan sebelum ATAU pada 10 September 2021, jam 5.00 petang berserta pautan rakaman video peserta.

  6. Durasi video adalah tiga (3) hingga lima (5) minit. Sekiranya persembahan melebihi masa yang ditetapkan, Juri Pertandingan berhak menolak markah bagi persembahan yang melebihi masa ditetapkan.

  7. Audio yang dirakam mestilah oleh penyair sendiri, secara langsung dan dalam satu rakaman (one take).

  8. Rakaman suara mestilah jelas dan tidak bergema tanpa sebarang gangguan persekitaran. 

  9. Peralatan dan kos penerbitan adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.

  10. Video yang dihasilkan tidak boleh menyinggung mana-mana pihak dan tidak mengandungi isu-isu sensitif seperti kaum, agama serta politik. Penerbitan yang mempunyai unsur seks, jenayah, fitnah, menghina dan bertentangan dengan Perlembagaan Negara akan ditolak penyertaannya.

  11. Elemen multimedia seperti animasi, grafik, ilustrasi adalah dibenarkan.

  12. Peserta perlu memuat naik video berkenaan ke Youtube serta menetapkan status video tersebut kepada public. Pautan video tersebut perlu disertakan dalam Borang Penyertaan.

  13. Setiap peserta adalah bebas menggunakan kreativiti masing-masing dalam persembahan dan sebarang penggunaan peralatan (props) untuk pertandingan adalah di bawah tanggungjawab peserta itu sendiri. Walau bagaimanapun kreativiti yang tidak sesuai dengan budaya timur akan dibatalkan penyertaannya.

  14. Peserta hendaklah menggunakan busana yang bersesuaian serta tidak mencolok mata.

  15. Peserta akan diadili oleh Panel juri Profesional yang dilantik oleh penganjur. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan dalam apa jua bentuk tidak akan dilayan.

  16. Persembahan haruslah mengikut jangka masa yang ditetapkan.  

  17. Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak dibenarkan membuat tuntutan kepada pihak penganjur.

  18. Pihak Jawatankuasa Pertandingan boleh membuat perubahan mana- mana syarat  yang difikirkan perlu kepada perubahan dari masa ke semasa dan berhak membatalkan mana- mana penyertaan yang melanggar mana- mana peraturan yang ditetapkan.

Tuntutan Hak Cipta

  1. Kesemua penyertaan adalah menjadi hak milik penganjur.

  2. Pihak penganjur (KPT, IPT) berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan pada skrin mana-mana hasil karya yang menang atau tidak di laman web, pameran, mana-mana media yang lain atau media sosial untuk tujuan penganjur. Video yang digunakan akan dikreditkan kepada pemilik karya.

  3. Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati video yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta.

  4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta berkaitan dengan produksi terhadap peserta atau penganjur oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

  5. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli dan tidak menceroboh mana-mana hak cipta orang lain. Semua penyertaan TIDAK DIBENARKAN dimuat naik ke mana-mana portal sebelum mendapat kebenaran penganjur.

  6. Setiap video penyertaan juga mestilah TIDAK PERNAH menyertai mana-mana pertandingan.

  7. Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk memberi hak milik karya/cipta kepada pihak penganjur, tidak boleh menuntut atau mengenakan sebarang bayaran royalti terhadap sebarang penerbitan dan pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya tersebut dalam apa jua cara sekalipun termasuk dalam mana-mana media di seluruh dunia.

  8. Pihak penganjur berhak menggunakan informasi pemenang dalam membuat sebarang laporan mengenai pertandingan ini dan untuk tujuan pengiklanan pada pertandingan yang sama pada masa depan.

  9. Dengan menghantar penyertaan ini, peserta bersetuju bahawa mereka adalah tertakluk di bawah syarat & peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.