X-PLORISK INTERVARSITI 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan X-PLORISK INTERVARSITI 2026 yang akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 16 Mei 2026 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia

Yuran Pendaftaran:
Kategori Terbuka: RM100/Kumpulan
Kategori Pelajar: RM150/ Kumpulan

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 ahli sahaja.
  2. Kategori peserta:
    Pelajar (Pelajar IPT sahaja)
    Terbuka (Gabungan pelajar dan kakitangan IPT atau kakitangan IPT sahaja)
  3. Sila pastikan peserta sihat dan tiada penyakit kronik. Pihak ROSH-UKM tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah kesihatan yang timbul sebelum, semasa atau selepas program.
  4. Kenderaan tidak disediakan.

    Jamuan dan Sijil disediakan.

Sila klik link berikut untuk membuat pembayaran: