Bahagian Kesihatan Pekerjaan

MISI

Memastikan Universiti Kebangsaan Malaysia mematuhi segala keperluan bagi Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Akta Kilang & Jentera 1967 serta akta dan peraturan berkaitan kesihatan pekerjaan. Merangkumi kampus Bangi, Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan UKM (Fakulti dan Institut).

BIDANG TUGAS
1. SEKRETARIAT TINDAKAN KECEMASAN & BENCANA

  • Memeriksa, meneliti & menyiasat aduan berkaitan keselamatan & kesihatan pekerjaan
  • Menjalankan penyiasatan ke atas bencana, kemalangan, kejadian berbahaya atau kebakaran yang berlaku di tempat kerja
  • Memeriksa, menyimpan dan mengemaskini rekod jumlah dan jenis kemalangan pekerjaan, kecemasan dan bencana di UKM
  • Menjalankan pemeriksaan berkaitan peralatan keselamatan, peralatan perlindungan diri, peralatan kecemasan dan bencana di tempat kerja
  • Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan & Bencana
  • Menyediakan komunikasi hazard bagi Pelan Tindakan Kecemasan & Bencana
  • Merancang dan melaksana latihan berkaitan pengurusan kecemasan dan bencana di tempat kerja
  • Melaksana dan menyelaras pelantikan Pegawai Insiden di PTj
  • Menyelaraskan peranan Pegawai Insiden terhadap aktiviti KKP dan kecemasan di zon masing-masing
  • Merancang dan melaksana latihan bagi Pegawai Insiden

2. UNIT ERGONOMIK

  • Membangunkan kaedah untuk menangani dan mengawal hazard ergonomik yang berpotensi mendatangkan risiko kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
  • Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan pematuhan aspek ergonomik di tempat kerja
  • Memberikan khidmat nasihat dan membangunkan peraturan dan garis panduan berkaitan aspek ergonomik.
  • Menjalankan program/ promosi mengalakkan pengamalan aspek ergonomik di tempat kerja

3. UNIT PSIKOSOSIAL

  • Membangunkan kaedah untuk menangani dan mengawal hazard psikososial yang berpotensi mendatangkan risiko kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
  • Memastikan pelaksanaan dan pemantauan garis panduan pengurusan tekanan (stress) dan gangguan melibatkan elemen psikososial di tempat kerja
  • Memberikan khidmat nasihat dan membangunkan peraturan dan garis panduan berkaitan aspek psikososial.
  • Menjalankan program/ promosi mengalakkan pengamalan aspek kesihatan pekerjaan (psikosial) di tempat kerja

4. UNIT HIGIEN

  • Memastikan pematuhan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang & Jentera 1967.
  • Melaksanakan pematuhan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 dan Peraturan-Peraturan Kilang & Jentera (Pendedahan Bising) 1989
  • Membangunkan kaedah untuk menangani dan mengawal hazard yang berpotensi mendatangkan risiko kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
  • Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan kadar bunyi berada dalam tahap selamat dan mencadangkan tindakan pembaikan.
  • Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan Kualiti udara dalaman berada dalam aras yang selesa untuk pekerja.
  • Memastikan pelaksanaan penentukuran dan penyelenggaraan peralatan keselamatan
    Memberikan khidmat nasihat dan membangunkan peraturan dan garis panduan berkaitan aspek higien.