KKP
-
Saya ingin membuat lawatan penanda aras di UKM. Bagaimanakah caranya?
Sila buat surat hasrat kepada Pengarah ROSH beserta Borang Permohonan Lawatan ke ROSH-UKM dan dihantar ke alamat berikut:
Pengarah
Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Aras 1, Bangunan IKMAS
Universiti Kebangsaan Malaysia
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor -
Bagaimanakah caranya untuk melaporkan sebarang kemalangan pekerjaan di UKM?
Kemalangan pekerjaan boleh dilaporkan melalui SPKem. Capaian kepada sistem ini adalah terhad kepada Pegawai Insiden UKM sahaja.
-
Saya bukan seorang Pegawai Insiden. Bagaimana caranya untuk saya melaporkan kemalangan pekerjaan di UKM?
Sila dapatkan bantuan Pegawai Insiden di jabatan anda untuk membuat laporan.