JOM KUASAI HIRARC!

Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC)

Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) dengan sukacitanya menjemput agensi kerajaan, sektor swasta, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan orang awam untuk menyertai Kursus Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC).

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam mengenal pasti hazard, menjalankan penilaian risiko secara sistematik serta melaksanakan langkah kawalan risiko yang berkesan bagi mencegah kemalangan dan mewujudkan budaya kerja selamat di organisasi.

 

Objektif Kursus

Sepanjang kursus ini, peserta akan berpeluang untuk:

  • Mengenal pasti hazard serta punca dan sumber bahaya di tempat kerja.
  • Menjalankan penilaian risiko secara sistematik dan praktikal.
  • Menentukan langkah kawalan risiko yang berkesan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
  • Membudayakan amalan kerja selamat ke arah persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan produktif.

 

Maklumat Program

📅 Tarikh: 28–29 September 2026
🕘 Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Zecon Hotel, Kuala Lumpur

 

Sasaran Peserta

  • Agensi Kerajaan
  • Sektor Swasta
  • Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
  • Orang Awam

 

👩🏻‍🏫 Penceramah
Puan Ezwana binti Ahmad
Consultant@Vincere
NIOSH Certification SB Auditor & Trainer
ISO Consultant Trainer

💰 Yuran Penyertaan: RM800.00 seorang (Penginapan tidak disediakan.)

📌 Tempat adalah terhad. Daftar segera dengan mengimbas kod QR pada poster atau link: https://forms.gle/zmaV88mok3NTTjx8A

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • Puan Rahaida Ramli – rahaida@ukm.edu.my
  • Puan Nur Syahirah Zainuddin – syahirahzainuddin@ukm.edu.my
  • Tel: 03-8094 2057

 

“Cegah Risiko Sebelum Terlambat – Dengan Berkesan.”

Kami mengalu-alukan penyertaan anda untuk bersama-sama meningkatkan kompetensi dalam pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta memperkukuh budaya kerja selamat di organisasi.