📢 KURSUS PEMANTAPAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) 2026
PEMERKASAAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN: DARIPADA PEMATUHAN KEPADA PENCEGAHAN
Adakah organisasi anda mempunyai Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKK) yang berkesan? Adakah ahli JKK memahami peranan dan tanggungjawab mereka dalam mencegah kemalangan serta mewujudkan persekitaran kerja yang selamat?
Sertai Kursus Pemantapan KKP anjuran ROSH-UKM untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai pengurusan KKP, memperkasakan fungsi JKK serta memupuk budaya kerja selamat di organisasi anda.
🎯 OBJEKTIF KURSUS
Memperkukuh pengetahuan dan keupayaan peserta dalam melaksanakan tanggungjawab KKP, menjalankan pemeriksaan tempat kerja, meningkatkan kesiapsiagaan kecemasan serta melaksanakan pelaporan dan penyiasatan kemalangan secara berkesan.
📚 TOPIK KURSUS
1️⃣ Memahami Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)
• Prinsip asas Akta 514 dan tanggungjawab pihak berkaitan
• Fungsi JKK dan hubungannya dengan sistem pengurusan KKP
2️⃣ Memperkasa JKK – Fungsi, Peranan dan Tanggungjawab
• Peranan Pengerusi, Setiausaha, wakil majikan dan wakil pekerja
• Perbincangan isu KKP serta pemantauan tindakan pembetulan
3️⃣ Pemeriksaan Tempat Kerja dan Kesiapsiagaan Kecemasan
• Tujuan dan elemen pemeriksaan tempat kerja
• Latihan dan tindakan kecemasan
4️⃣ Pelaporan dan Penyiasatan Kemalangan
• Keperluan pelaporan kemalangan pekerjaan
• Peranan JKK dalam penyiasatan dan mengenal pasti punca kemalangan
👥 SASARAN PESERTA
Kakitangan perkhidmatan awam, universiti, politeknik, kolej komuniti serta orang awam yang berminat.
📅 Tarikh: 26 November 2026 (Khamis)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
💻 Kaedah: Dalam talian melalui Zoom Meeting
💰 Yuran: RM50.00 seorang
👨🏫 PENGAJAR
Mohd Noor Faizal bin Mohd Nadzir
Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM)
Berpengalaman selama 19 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang KKP, khususnya pengurusan KKP, pengurusan kecemasan dan pemeriksaan keselamatan tempat kerja. Beliau memiliki Sarjana dalam bidang Emergency Response and Planning daripada UPM serta merupakan HRD Corp Accredited Trainer, OSH Train the Trainer, Ergonomic Trained Person dan OSH Coordinator.
💳 KAEDAH PEMBAYARAN
- Peserta UKM: Caj antara jabatan menggunakan peruntukan tabung, projek atau amanah.
- Peserta luar UKM: Bayaran secara dalam talian.
⏳ Tarikh tutup pendaftaran: 19 November 2026
📞 Maklumat lanjut: Encik Afif – 017-2513659
🔗 DAFTAR SEKARANG!
Pautan Pendaftaran : https://forms.gle/1vryTV69T26zNBPR7
Jangan lepaskan peluang untuk memperkukuh peranan JKK dan meningkatkan keberkesanan pengurusan KKP di organisasi anda.

