Peningkatan Pencapaian Dalam Penarafan THE
UKM membuktikan kecemerlangan subjeknya dengan peningkatan pencapaian dalam keputusan penarafan Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject 2025 yang diumumkan pada 22 Januari 2025.
Subjek Undang-Undang mencatat peningkatan kedudukan yang terbaik dengan berada di kedudukan 101-125 terbaik dunia serta nombor 1 di Malaysia.
Selain itu, antara subjek yang mendapat nombor 1 di Malaysia adalah Seni & Kemanusiaan yang mana kesemua disiplin yang dinilai turut mendapat kedudukan pertama iaitu Arkeologi, Seni Bina dan Sejarah, Filosofi dan Teologi.
UKM terus menunjukkan peningkatan yang membanggakan dengan meletakkan subjek Perubatan & Kesihatan berada nombor 2 di Malaysia dengan dua disiplin di bawahnya iaitu Perubatan & Pergigian kedudukan nombor 2 dan Lain2 Kesihatan di kedudukan nombor 3 di Malaysia.
Psikologi turut menjadi disiplin yang membanggakan UKM dengan berada di tempat ketiga. Manakala subjek Kejuruteraan serta 5 disiplinnya turut cemerlang dengan kedudukan nombor 3 terbaik di Malaysia 2025. Disiplin lain yang berada di tempat ketiga di Malaysia adalah Fizik & Astronomi serta Geografi.
Pengiktirafan ini mencerminkan kualiti kepakaran akademik, komitmen tinggi warga universiti dan keunggulan universiti hasil usaha warga UKM dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang.
Tahniah UKM Universiti Watan Kita!








