UKM Raikan Warga Cemerlang di Anugerah Bitara ke-11
Seramai 49 warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diraikan pada Majlis Anugerah Bitara UKM Ke-11 yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak hari ini.
Anugerah pada tahun ini melibatkan 16 kategori serta mengambil kira pencapaian kecemerlangan sepanjang tahun penilaian 2025.
Majlis dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim.
Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan berharap agar mereka terus mengekalkan kecemerlangan, menjadi contoh kepada warga lain serta memanfaatkan kepakaran masing-masing untuk memberikan impak yang lebih besar.
Pada edisi kali ini, UKM turut memperkenalkan Anugerah Bitara Kertas Polisi, bagi mengiktiraf sumbangan warga universiti yang menghasilkan kertas dasar berimpak tinggi dan menjadi rujukan dalam pembentukan serta penambahbaikan dasar, sama ada di peringkat universiti mahupun negara.
Hadir sama, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UKM, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan pengurusan tertinggi universiti.

