Selamat Hari Raya Aidilfitri
Setelah sepurnama kita berpuasa, kini tibanya Syawal yang dinanti. Saya dan semua kakitangan Pusat Strategi UKM ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Damai Pagi, Sunyi Gempita,
Hening Subuh, Nyaman Udara,
Tangan Dihulur, Maaf Dipinta,
Syawal Disambut, Dengan Gembira.
Pohon Rumbia, Tepi Perigi,
Pucuknya Luruh, Ditiup Angin,
Salam Ikhlas, Warga Strategi,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga lebaran kali ini disambut dengan penuh kegembiraan, kemeriahan dan kesyukuran oleh kita semua.



