Pencalonan Anugerah Teknologis Negara 2026, Anugerah Juruteknik Negara 2026 dan MBOT Woman Leadership Award 2026
Sukacita dimaklumkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) akan menyampaikan penganugerahan buat Teknologis Profesional dan Juruteknik Bertauliah negara bagi menghargai kejayaan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara dan masyarakat melalui anugerah berikut:
– Anugerah Teknologis Negara 2026
– Anugerah Juruteknik Negara 2026
– MBOT Woman Leadership Award 2026
Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di UKM dengan sukacitanya mempelawa dan mengalu-alukan warga akademik UKM yang layak untuk menghantar pencalonan.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Timbalan Pengarah Eksekutif (Kecemerlangan & Kebitaraan) di talian 03 8921 3885 atau melalui e-mel tpestrategi2@ukm.edu.my.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon


