UKM Berjaya Meraih Pengiktirafan QS Star 5-Star Plus
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya memperoleh pengiktirafan QS Stars 5-Star Plus (Rated Outstanding), iaitu penarafan tertinggi dalam sistem penilaian QS Stars.
Lebih membanggakan, UKM merupakan satu-satunya universiti yang menerima sijil pengiktirafan 5-Star Plus pada Majlis Penyampaian Anugerah QS Stars sempena QS Higher Ed Summit: Asia Pacific 2026 di Bali, Indonesia. UKM juga merupakan satu-satunya universiti awam di Malaysia yang berjaya mencapai pengiktirafan tertinggi tersebut.
Pengiktirafan berprestij di peringkat antarabangsa ini mencerminkan kecemerlangan holistik UKM yang memperoleh penarafan 5 Bintang dalam kesemua sembilan indikator utama, iaitu:
Pengajaran
Penyelidikan
Inovasi dan Pemindahan Pengetahuan
Kebolehpasaran Graduan
Kemudahan
Impak Alam Sekitar
Penglibatan Global
Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Inklusiviti
Tadbir Urus Baik
Kejayaan meraih status 5-Star Plus ini merupakan manifestasi komitmen berterusan seluruh warga UKM dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan, inovasi dan tadbir urus universiti, selaras dengan nilai teras Iman, Ilmu dan Amal serta aspirasi TEKAD 57.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga UKM atas pencapaian membanggakan ini. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan pengiktirafan UKM di persada pendidikan tinggi antarabangsa!


